top of page

"Kenapa doktor patahkan tangan anak saya?"


8.00pm - aku baru nak makan kat pantry Dewan Bersalin. Pantry tempat yang paling best kalau kerja kat KKM (tak tau laa rakan lain setuju ke tak), sebab pantry ni lah tempat bernafas, tempat nak meluahkan perasaan in between work and tempat dapat makanan free (kadang-kadang). 5 minute duduk pon ok dah, untuk re-set.


Aku specialist oncall hari tu. Kat tempat aku kerja, everyday ada satu specialist dan empat medical officer (MO) oncall (oncall ni kira kerja out of office hour - generally 5pm hingga 8am esoknya then sambung kerja macam biasa sampai pukul 5pm). 4 MO ni jaga labor room, patient assessment centre (PAC), ward obstetric dan gynae - 1 MO satu kawasan. So dalam purata jaga lebih kurang 180 pesakit ( 10 org kat labour room, 28org x 4 ward, referral dekat PAC - satu shift around 30 pesakit and referral dari emergency department (ED). Kebanyakan pesakit stabil. Pesakit baru datang sama ada dari PAC atau (ED). Of course ada house officer (HO) - yg jaga kat station masing-masing. As a team, we have to ensure that patients are okay. Masa oncall kita elakkan buat procedure melainkan emergency. Ini sebab skeleton staff dan nak elak complication.






Dah abis makan sambil borak-borak dengan MO, tiba-tiba dengar orang menjerit “shoulder dystocia” (shoulder dystocia - bahu baby tersangkut selalunya sebab baby besar, ini paling teruk boleh bawa kematian baby). Aku dan sorang lagi MO terus bergegas ke bilik 4 kat labour room, lari pace paling cepat. Jantung aku berdegup laju, rasa macam nak terkeluar jantung ni. Salah tindakan, nyawa baby boleh terancam.


Pesakit terbaring posisi lithotomy (posisi biase org bersalin), berpeluh, nampak sakit. MO labour room tengah cuba keluar kan baby - tangannya membaluti kepala baby, 2 midwife masing-masing diseblah kanan dan kiri pesakit, angkat kaki pesakit (McRoberts Manouvre; untuk luaskan bukaan pelvis) - semua nampak cemas. Aku jenguk


"Baby besar, mukanya dah biru, bahu baby tak lepas nak keluar, nampak sempit."




Photo: Ini bukan gambar baby yang aku attend. Tapi sama lah rupanya macam ni. Tersangkut tak boleh tarik keluar. Source: https://www.facebook.com/NursesZoneDocumentary/photos/a.272678217469148/736015714468727/?id=116613396408965
Photo: Ini bukan gambar baby yang aku attend. Tapi sama lah rupanya macam ni. Tersangkut tak boleh tarik keluar. Source: https://www.facebook.com/NursesZoneDocumentary/photos/a.272678217469148/736015714468727/?id=116613396408965


Tipu la tak gelebah. Tapi kena maintain tenang, kalau tidak yang lain ikut panic.


"Ana, lepaskan kepala dia, I take over."


Aku ambil alih MO tu, aku cuba pusingkan bahunya (Rubin/Woods'screw Manouvre) untuk kurangkan sempit dengan harapan boleh tarik baby keluar. Tak berjaya. degup jantung ku makin laju - habis laa, habis laa, habis laa. Setiap detik penting, lambat bertindak, mati anak orang.


"Abi - tangan u kecik kan? Kita cuba deliver the posterior shoulder."




Photo 2: Ni lah steps nak deliver baby kalau jadi shoulder dystocia. Kalau tak berjaya juga, kena buat Zanavelli manouvre. The Zavanelli maneuver is a last-resort obstetric procedure for severe shoulder dystocia (stuck baby), where the doctor pushes the baby's head back into the vagina (cephalic replacement) to allow for an emergency cesarean section, often requiring uterine relaxants and immediate surgery.
Photo 2: Ni lah steps nak deliver baby kalau jadi shoulder dystocia. Kalau tak berjaya juga, kena buat Zanavelli manouvre. The Zavanelli maneuver is a last-resort obstetric procedure for severe shoulder dystocia (stuck baby), where the doctor pushes the baby's head back into the vagina (cephalic replacement) to allow for an emergency cesarean section, often requiring uterine relaxants and immediate surgery.



Abi angguk, she took over. Die masukkan tangannya ke dalam faraj pesakit untuk tarik tangan baby. Dengan cara ni bahu baby dapat dikeluarkan. Ini bahagian yang tersangkut. Bila bahu dah keluar, alhamdulillah baby selamat dikeluarkan sepenuhnya, cumanya nampak biru dan tak menangis. Berat baby 4.2kg. Baby terus dibawa ke nursery - doktor paeditrik dah standby.


Aku lega, team lega - baby dah keluar, apa-apa rawatan boleh diberikan oleh doktor pediatrik. Kalau tersangkut tak keluar, lain pula ceritanya; mungkin baby boleh meninggal.


Abi, thank you.


“Puan, baby susah nak keluar tadi, kita terpaksa tarik tangan baby untuk keluar kan dia. Sekarang doktor baby tengah rawat baby Puan”


" Terima kasih doktor. Anak saya yang sebelum ni pon jadi macam ni doktor."


Terkedu kejap dengar. Mind you, ni first time team labour room jumpa pesakit ni. Also, pesakit ni baru admit dari PAC beberapa jam sebelumnya. Kebiasaannya, kalau pernah jadi shoulder dystocia untuk kelahiran sebelumnya, kita akan nasihatkan pesakit untuk jalani pembedahan caesarean untuk keluarkan baby seterusnya; lagi-lagi kalau baby besar. Tu sebab terkedu, bende boleh elak. Tapi macam mana, bende dah jadi, dan begitulah sistem KKM. Pesakit ramai. Follow up kawasan lain, beranak tempat lain. Jadinya tak de continuity of care. Ideally, pesakit beranak di tempat yang dia terima rawatan antenatal.


Untuk petugas kesihatan yang bertugas - matlamat sama, elakkan komplikasi dan pastikan rawatan terbaik diberikan kepada pesakit - walau tak tahu hujung pangkal.


Ke esokkan hari, “Hello, Dr Elyana, saya Dr Fiza paediatric specialist.Saya nak inform yang baby doktor deliver semalam ada humeral fracture. Selain tu baby ok.”


“Ya dah agak dah..semalam memang susah nak deliver baby. Thank you inform.” jawabku.

“Nanti kita ada meeting dengan parents pesakit, ayah baby tak puas hati” sambung Dr Fiza lagi.


Sedih kalau ada pesakit tak puas hati, sebab kita dah rawat ikut protocol. Tapi faham, parents mana yang tak marah kalau anaknya cedera.


Ayah baby duduk di sebelah isterinya. Ayah muka masam. Ibu baby muka neutral - dia tahu apa yang berlaku waktu bersalin, ayah baby tiada semasa ibu bersalin.


Dr Fiza terangkan baby besar 4.2kg, salah satu komplikasi kencing manis; memang ada risiko shoulder dystocia. Terangkan juga pada pesakit, tiada rekod kesihatan lama dia, kerana dia bersalin di hospital lain sebelum ni. Jadi komplikasi yang sebelum ini kita tidak tahu. Dr Fiza juga beri tahu yang keadaan bayi stabil dan tangan yang patah boleh pulih sepenuhnya dan baby perlu jalani rawatan physiotherapy untuk 6 bulan.



A baby with humeral fracture due to shoulder dystocia
Photo 3: Bukan juga baby yang aku attend. Gamba ambil dari internet. Gambar menunjukkan tangan baby bengkak. Bila x-ray nampak tulang patah then pakai kan baby splint. Source: Turan C, Keskin G, Yurtseven A, Günay H, Saz EU. A Rare Cause of Neonatal Humeral Fractures in Pediatric Emergency Department: Cesarean Delivery. J Pediatr Emerg Intensive Care Med. 2018 Aug 3;5(2):82-85. doi: 10.4274/cayd.08760.



Ayah tiba-tiba bangun,


"Kenapa doktor patahkan tangan anak saya? Saya nak saman doktor." muka bengis sambil tuding jari ke mukaku.


Orang tengah marah. No point cakap apa-apa. Dr Fiza back-up dan cuba terangkan balik benda sama.


Frust! Apa-apalah. Rasa nak nangis and marah pon ada. Marah sebab kena marah. I am just doing my job. (terasa emo pulak, bila ingat balik kisah lama ni, still dapat rasa kena marah tu). Memang lepas tu nangis, out of frustration.


Alhamdulillah. Baby tu ok je. Walaupun tulangnya patah, dia tidak mengalami kecacatan kekal. Tangan fungsi macam biasa selepas rawatan.


Itulah lumrah kalau kerja kat KKM. Pesakit ramai, sebab ramai kita bukanlah ada one to one care. Pesakit boleh datang dari mana-mana sahaja yang kita tak tahu hujung pangkal. Lumrah pesakit nak semunya perfect. Apa nak buat, kita berikan saja yang terbaik. Kalau tak salah takde bende nak takut - cuma memang sedihla kena marah; I am a human too.


So kenapa saya "patahkan" tangan anak encik; sebab saya nak selamatka nyawa dia.



Comments


© 2021 by Dr Elyana Noordin.

bottom of page