top of page

Tak Semua Pembedahan Sama: Fahami 'laparoscopy' dan laparotomy


Apabila doktor mencadangkan pembedahan ginekologi, ramai wanita akan tertanya-tanya:“Apa beza laparoscopy dengan laparotomy?”


Sebenarnya, kedua-duanya adalah cara untuk melakukan pembedahan pada organ wanita seperti rahim, ovari atau tiub fallopio. Bezanya adalah cara pembedahan itu dilakukan.



Laparoscopy – Pembedahan dengan luka kecil


Laparoskopi sering dipanggil sebagai “keyhole surgery” atau pembedahan lubang kecil.

Dalam prosedur ini, doktor akan membuat beberapa lubang kecil pada perut. Melalui lubang ini, doktor memasukkan kamera kecil dan alat pembedahan khas untuk melakukan pembedahan. Kamera tersebut akan memaparkan imej di skrin supaya doktor boleh melihat organ dalaman dengan jelas.


Gambar 1: Luka kecil dibuat pada bahagian perut dan alat laparoscopy dimasukkan untuk melihat organ dalaman. Pembedahan dibuat mengunakan alat laparoscopy.
Gambar 1: Luka kecil dibuat pada bahagian perut dan alat laparoscopy dimasukkan untuk melihat organ dalaman. Pembedahan dibuat mengunakan alat laparoscopy.

Antara masalah yang sering dirawat dengan laparoscopy ialah:

  • Cyst ovari

  • Endometriosis

  • Fibroid

  • Buang tiub fallopio

  • Buang rahim dalam kes tertentu


Kelebihan laparoscopy:

  • Luka pembedahan kecil

  • Kurang sakit selepas pembedahan

  • Parut lebih kecil

  • Tempoh masuk hospital biasanya lebih singkat

  • Pesakit boleh kembali aktif lebih cepat


Namun begitu, tidak semua kes sesuai dilakukan secara laparoscopy.




Gambar 3: Ada banyak jenis 'grasper' yang boleh digunakan supaya pembedahan boleh dibuat dengan lancar.
Gambar 3: Ada banyak jenis 'grasper' yang boleh digunakan supaya pembedahan boleh dibuat dengan lancar.


Laparotomy – Pembedahan terbuka


Laparotomy pula ialah pembedahan terbuka, di mana doktor membuat luka yang lebih besar pada perut untuk melihat dan merawat organ secara terus.

Walaupun ramai orang lebih suka pembedahan dengan luka kecil, laparotomy masih sangat penting dan kadang-kadang merupakan pilihan yang lebih selamat.


Gambar 2: Pembedahan secara laparotomy. Luka dibuat pada bahagian perut untuk melihat organ-organ di dalam.
Gambar 2: Pembedahan secara laparotomy. Luka dibuat pada bahagian perut untuk melihat organ-organ di dalam.

Laparotomy biasanya diperlukan jika:

  • Fibroid terlalu besar

  • Disyaki kanser

  • Berlaku pendarahan dalam perut

  • Kes yang lebih kompleks

  • Pembedahan kecemasan


Kerana luka lebih besar, tempoh pemulihan biasanya sedikit lebih lama berbanding laparoscopy.



Jadi, yang mana lebih baik?

Ramai pesakit berharap semua pembedahan boleh dibuat secara laparoscopy. Tetapi hakikatnya, pilihan pembedahan bergantung kepada keadaan pesakit.


Doktor akan mengambil kira:

  • Jenis penyakit

  • Saiz ketumbuhan

  • Tahap kesukaran pembedahan

  • Sejarah pembedahan sebelum ini


Matlamat utama adalah memastikan pembedahan selamat dan berkesan.



Kesimpulan

Secara mudah:

Laparoscopy

✔ Luka kecil

✔ Sakit kurang

✔ Pulih lebih cepat


Laparotomy

✔ Luka lebih besar

✔ Digunakan untuk kes yang lebih kompleks


Jika anda disarankan menjalani pembedahan ginekologi, jangan takut untuk bertanya kepada doktor tentang prosedur yang dicadangkan. Memahami rawatan yang bakal dijalani boleh membantu anda berasa lebih yakin dan tenang.


Comments


© 2021 by Dr Elyana Noordin.

bottom of page