Ectopic pregnancy - kandungan luar rahim
- drelyananoordin

- Apr 11
- 3 min read
Updated: Apr 15
Pesakit datang ke klinik naik kerusi roda, terlalu sakit untuk berjalan sendiri. Dia hamil, kali terakhir haid 5 minggu lalu.
"Dah berapa lama Pn sakit macam ni?"
"Tiba-tiba semalam saya sakit perut doktor" jawab pesakit sambil tertunduk pegang perut yang sakit. Mukanya berkerut.
Aku suruh pesakit naik ke katil untuk diperiksa. Perutnya tak kembung, tapi memang sakit bila disentuh dan ada 'voluntary guarding'. Aku teruskan dengan scan. Rahim nampak normal, tetapi tiada kantung bayi/janin. Banyak cecair disekelilingnya (untuk scan image, kalau hitam tu cecair, semakin padat (otot/lemak) semakin putih imagenya) yang memberi gambaran pendarahan dalaman berlaku.

Aku terangkan kepada pesakit masalah dia.
"Puan ada kandungan luar rahim. Sepatutnya janin berada dalam rahim, tetapi janin Puan berada pada bahagian tiub fallopian. Mengikut pemeriksaan ni, nampaknya ada pendarahan dalaman. Tiub fallopian yang sempit, tak dapat menampung pembesaran janin (tak macam rahim yang boleh mengembang) dan akhirnya pecah dan menyebabkan pendarahan."
"Bahaya ke doktor?" suami pesakit bertanya, nampak cemas. Mestilah risau tentang keadaan isterinya.
"Bahaya Encik. Selagi pendarahan tak diberhentikan, Puan akan terus kehilangan darah. Darah tu tak nampak kat luar (bukan macam period) sebab pendarahan tu bahagian dalam."
Aku cuba terangkan semudah mungkin. Tapi rasa tak senang nak paham. Masa aku belajar medic dulu pon, blur-blur je. Dah jadi doktor, tengok depan mata, baru laa dapat paham betul. Ni nak expect pesakit paham 100% memang tak lah. Kita hanya mampu usaha terangkan sebaik-baiknya. Harap-harap pesakit paham 50-70% pon dah ok.
"Untuk elak komplikasi, kita kena buat pembedahan hari ni jugak. Puan akan jalanani pembedahan 'laparoscopic salpingectomy' (baca lebih lanjut di sini) iaitu kita akan gunakan alat untuk tebuk pada bahagian perut Puan. Dan kita akan masukkan gas supaya perut kembung dan organ dalaman dapat dilihat. Bahagian tiub fallopian yang rosak (di mana janin menempel), akan dibuang." Salpingectomy = removal of the fallopian tube.
Pesakit tak bertanya banyak. Dia dimasukkan ke wad untuk persediaan sebelum pembedahan dibuat. Ujian darah perlu diambil, IV access juga perlu dimasukkan.
Disebabkan ini kes kecemasan, pesakit ini perlu menunggu giliran bilik bedah - ada kes-kes lain sebelumnya.
Lebih kurang 3 -4 jam setelah dimasukkan ke wad, pembedahan dimulakan. 3-4 jam nampak lambat; ini disebabkan pesakit masih stabil dan boleh mengutamakan kes-kes sebelumnya yang lebih memerlukan. Kalau pesakit ini tidak stabil, dia akan dimasukkan ke bilik bedah dengan segera - macam tengok series Korea Trauma Code - dari emergency department terus ke bilik bedah.
Setelah anaesthetist beri general anaesthesia, aku mulakan pembedahan.
Gambar di bawah menunjukkan pendarahan dalaman - darah yg terkumpul disekeliling rahim.

Ini adalah tube fallopian sebelah kanan - pandangan dari atas. Terdapat pelekatan (adhesion) antara fallopian tube dengan bahagian belakang rahim. Untuk teruskan pembedahan aku perlu lepaskan lekatan itu dulu.

Video di bawah menunjukkan ectopic sebelah kiri fallopian tube. Semua lekatan dilepaskan sebelum boleh nampak bahagian yang berdarah.

Pembedahan dah siap. Alhamdulillah surgery ok. Untuk pesakit ni, harapnya dia tidak ada masalah untuk hamil seterusnya. Fallopian tube sebelah kanan pesakit nampak normal.

Pesakit ni pulih cepat. Dia keluar dari hospital pada keesokkan harinya.
Semoga cerita ini memberi gambaran tentang ectopic.
Take care everyone.
Baca tentang kandungan ektopik disini.

Comments