Kehamilan Ektopik (kandungan luar rahim): Apa yang Perlu Anda Tahu
- drelyananoordin

- Apr 15
- 1 min read
Apa itu kehamilan ektopik?
Kehamilan ektopik berlaku apabila embrio melekat dan berkembang di luar rahim, paling kerap di dalam tiub fallopio. Keadaan ini tidak boleh berkembang menjadi bayi yang normal dan boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat segera.

Risiko
Beberapa faktor yang meningkatkan risiko termasuk:
Sejarah kehamilan ektopik sebelum ini
Jangkitan pelvis atau penyakit kelamin (contoh: klamidia)
Pembedahan pada tiub fallopio
Penggunaan alat kontraseptif dalam rahim (IUCD) semasa hamil
Rawatan kesuburan (IVF)
Merokok
Gejala
Tanda awal mungkin menyerupai kehamilan biasa, tetapi gejala berikut perlu diberi perhatian:
Sakit perut sebelah (biasanya tajam dan berterusan)
Pendarahan faraj yang tidak normal
Rasa pening atau hampir pengsan
Sakit bahu (tanda pendarahan dalaman)
Jika tiub pecah, pesakit boleh mengalami kesakitan teruk dan kejutan (shock), yang merupakan kecemasan perubatan.
Rawatan
Rawatan bergantung kepada keadaan pesakit dan tahap kehamilan:
Ubat (methotrexate): untuk kes awal yang stabil
Pembedahan (laparoskopi/laparotomi): jika keadaan lebih serius atau tiub telah pecah
Pemantauan rapi selepas rawatan adalah penting untuk memastikan hormon kehamilan kembali normal
Kesimpulan:
Kehamilan ektopik adalah keadaan serius tetapi boleh dirawat jika dikesan awal. Jika anda hamil dan mengalami sakit perut atau pendarahan yang tidak normal, segera dapatkan pemeriksaan doktor. Diagnosis awal boleh menyelamatkan nyawa.
Baca kisah pesakit yang mengalami kehamilan ektopik di sini.



Comments